Jom Rancang Pentadbiran Harta Pusaka Kita....


Oleh itu, sila LIHAT FAKTA INI dan FIKIRKAN:
Sebanyak RM40 bilion harta beku, dan 90% daripadanya harta umat Islam iaitu sebanyak RM36 bilion. Daripada RM36 bilion ini, sudah tentu sebahagiannya adalah untuk melunaskan hutang si mati yang tidak dapat dilaksanakan akibat harta dibekukan.
Tetapi yang PASTINYA, dalam kes harta beku ini, hukum Faraid TIDAK DILAKSANAKAN!

SEBAB BERLAKU MASALAH PUSAKA

Berdasarkan kajian, SEBAB utama mengapa berlakunya pelbagai masalah dalam pentadbiran harta pusaka ialah:
1. Waris tidak tahu bagaimana untuk mengurus harta pusaka simati
2. Kesibukan dan ketiadaan masa di kalangan ahli-ahli waris
3. Tiada kesepakatan di kalangan ahli-ahli waris
4. Perlantikan "Pentadbir" yang tidak amanah
5. Kurang maklumat mengenai harta dan hutang piutang simati

BAGAIMANA CARA MENGATASI?
LAKUKAN 2 LANGKAH KRITIKAL!
1. Lantik Pemegang Amanah (WASI) 
Kematian boleh datang pada bila-bila masa sahaja. Oleh itu, segeralah melantik Pemegang Amanah yang anda yakini yang akan bertindak bagi pihak and apabila berlaku kematian bagi menjamin kepentingan anda (ketika itu di 'alam kubur') dan keluarga (yang masih hidup) terbela. 
Ciri-ciri Pemegang Amanah yang Baik: Amanah, Bertanggung jawab, berkemahiran, berpengalaman, tidak berkepentingan dan berkecuali.
2. Sediakan Maklumat Lengkap: harta dan Tanggungan 
Maklumat-maklumat ini sangat diperlukan di saat ketiadaan anda.
 
INGAT! Tiada siapa yang lebih mengetahui dengan lebih mendalam mengenai harta dan tanggungan anda (apa, berapa, siapa, di mana dan sebagainya) melainkan DIRI ANDA SENDIRI! 
Segala maklumat yang berkaitan harta pemilikan anda terutama SENARAI HARTA dan HUTANG perlu disediakan bagi memudahkan Pemegang Amanah atau waris-waris anda menguruskan harta pusaka and dengan SEGERA, LANCAR dan SEMPURNA bila tiba masanya nanti. 

Dalam bab HUTANG, Rasulullah S.A.W sangat mengambil berat dan banyak memberi peringatan supaya dilunaskan dengan SEGERA.
   
Sabda Rasulullah S.A.W.: 
"Demi Tuhan yang diriku di tanganNYA, jika seseorang lelaki itu terbunuh di jalan Allah, kemudian dia dihidupkan semula, kemudian dia terbunuh lagi, kemudian dia dihidupkan lagi, kemudian dia terbunuh lagi dalam keadaaan dia menanggung hutang, dia tetap tidak akan dapat masuk Syurga selagi hutang tersebut belum dijelaskan (oleh saudara-maranya)."
- Riwayat An-Nasa'i

Sabda Rasulullah S.A.W.: 
"Diampuni semua dosa orang yang mati shahid kecuali hutang."
- Riwayat Muslim



PERINGATAN! Maklumat yang sering diabaikan ialah mengenai HUTANG! Tanpa maklumat ini, amat sukar bagi Pemegang Amanah atau waris-waris untuk menjelaskan hutang si mati yang tidak diketahui..info lanjut jemput lawati www.WasiWasiat.com

Comments

Popular Posts