Info status halal di restoran

Berhati-hatilah membuat pilihan kerana kita adalah apa yang kita makan.
Berikut adalah senarai hangat yang diperolehi daripada laman web JAKIM dan
telah tersebar luas melalui emel-emel anda.
1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM :
1) McDonald
2) A&W
3) Secret Recipe
4) Farmbest : Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah
dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah S/B, syarikat ini telah mendapat
pengesahan halal JAKIM.( Tokey Cina..)
5) Coffee Bean
6) Confectionery Baker’s Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS
7) Ramli Burger dan Ayamas, memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM
dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.
8 ) Sosej ayam – Pernyataan mencampurkan minyak babi untuk pembuatan sausage
ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk yang telah
mendapat pengesahan halal JAKIM.
Restoran / syarikat berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM
kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal :
1) Victoria Station
2) Kam Lun Tai
3) Lotus Family Restoran
Restoran / syarikat berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM :
1) San Francisco Steakhouse
2) Chicken Rice shop
3) Kiwi Express
4) Starbuck tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM maka tidak dapat
dipastikan status kehalalan makanan/minuman yang disediakan.
5) Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan
halal JAKIM, maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan
makanan/minuman yang disediakan di restoran ini.
6) Gerai-Gerai makan Semua Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat
pengesahan halal JAKIM
7) La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah
mendapat pengesahan halal JAKIM.
8 ) King’s Confectionery Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang
digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat
pengesahan halal JAKIM secara khusus.
9) Restoran Burger King – Sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi
pengesahan halal ke atas Restoran Burger King, maka dengan itu tidak dapat
dipastikan status kehalalan produk yang dijual.

Comments

Popular Posts