Cara untuk membuang Malware Attack untuk blogspot

Bila cari cara nak mengatasi masalah ni..saya terjumpa kat blog ni..terima kasih kerana kongsi tips ni yer...
Blogger yang menggunakan blogspot ketara menghadapi masalah diserang oleh malware. Saya telah memeriksa beberapa sebab yang memungkinkan hal tersebut berlaku dan cuba untuk mencari jalan mengatasinya.

Jika blog yang anda lawati itu sudah ada menyimpan jangkitan malware, sebarang penerusan mengakses blog tersebut tanpa menghiraukan amaran risiko yang dikeluarkan oleh browser anda seperti Google Chrome dan Firefox, akan menyebabkan komputer anda djangkiti dengan malware tersebut.
 


Sebelum ini GB ada menulis mengenai serangan Malware ini. Di situ GB menyatakan bahawa blogger tidak spatutnya meletakkan iklan dari Innity dan manggaonline. Sebarang iklan darinya akan menyebabkan blog anda akan gagal diakses. 
Namun nampaknya masih banyak lagi blog-blog yang terus gagal diakses. Setelah pemerhatian dibuat berikut ialah langkah-langkah penting yang perlu diambil oleh para blogger sekalian bagi mengelakkan blog anda dari terkena jangkitan malware.


Blog-blog yang menggunakan "icon" di dalam menetapkan senarai rakan blogger adalah yang menjadi penyebab kepada masalah ini. "favicon.ico" merupakan sebuah fail yang menjadi sasaran serangan malware dan sebarang pengaksesan terhadapnya akan menghasilkan tanda amaran dan pengabaian terhadapnya mendedahkan komputer anda diserang oleh malware berkenaan. Cuba lihat gambar di sebelah. Ia akan dikesani apabila pelayar menggunakan browser Google Chrome. 

Cara Mengatasi.
Pastikan anda tidak milih tanda "icon" semasa menetapkan penyenaraian blog rakan-rakan anda semasa "Configure Blog List".Pergi ke Dashboard anda pilihDesign -> Page Elements-> My Blog List

Kemudian pastikan anda 
tidak meletakkan tanda semakan di kotak "icon", biarkan ia kosong. (Lihat gambar sebelah).

Setelah itu barulah anda klik
"Save".

Hanya langkah itu saja yang mampu membersihkan blog anda dari dijankiti malware yang terhasil dari fail "favicon.ico" berkenaan.

Setelah selesainya, anda perlu membersihkan "cache" dan "cookies" di browser anda. Dan tutup browser anda.

Buka semula dan cuba buka blog anda kembali. Tanda amaran malware itu telah tiada.

Bagi komputer yang telah terkena jangkitan malware, pastikan anda menggunakan perisian malware yang baik. Sebarang penggunaan perisian anti-malware percuma belum tentu menghapuskan malware malah ada kemungkinan perisian anti-malware itu sendiri pembawa malware yang lebih dasyat.

Gunakan perisian anti-malware yang disahkan saja. Diantara perisian anti-malware terbaik ialah  
Malwarebytes Anti-Malware dan juga Ad-Aware Free Internet Security 8.3.1

Kedua-dua perisian tersebut telah disemak oleh CNET dengan pemarkahannya menghampiri 5 bintang.

Sekian selamat berblogging.


p/s Sebarkan maklumat ini supaya blog rakan-rakan kita dapat diakses dengan lancar dan selamat.


Sumber (klik ajer)http://greenboc.blogspot.com/2010/09/penting-malware-panduan-membuang.html




Beberapa portal berita di Malaysia termasuk The Malaysian Insider dan Malaysia Kini dipenuhi amaran malware - perisian yang boleh merosakkan komputer daripada pengendali web pencarian gergasi, Google.



Malware itu dikatakan berasal dari 'Innity' sebuah syarikat jaringan pengiklanan online. Google kini menghalang pengguna dari memasuki lebih 600 laman web setelah Innity mula menyiarkan iklan yang menghubungkan kepada laman web yang dicemari malware berbahaya.

Hari ini saja, beberapa laman seperti The Star, The Malaysian Insider, Malaysia Kini, Berita Harian dan My Sinchew turut terjejas.

Malah banyak blog pro kerajaan seperti Pisau.net, Minda Intelek Melayu dan juga blog Bumiyang.blogspot tak dapat dibuka. Begitu juga blog pemimpin terkenal seperti CheDet.cc.

Mengikut laporan 'Google Safe Browsing', Innity telah menjadi hos untuk perisian berbahaya yang disebarkan ke laman web yang menyiarkan iklannya.

Pemilik laman web yang terlibat dinasihatkan membuang semua kod dan iklan dari Innity sehingga ia menyelesaikan masalah ini. Untuk langkah keselamatan, buang semua link iklan atau blog dan portal yang mempunyai jangkitan Malware ini untuk sementara waktu.

Innity dalam laman webnya mendakwa jaringan pengiklanannya melayan lebih 2.1 billion iklan dan mempunyai lebih 29 juta pengguna sebulan termasuk 250 laman web terkenal di Malaysia, Singapura, dan negara Asia Tenggara yang lain.

Google telah mengesan ancaman itu pada 19 September dan ia meliputi pelayar internet terkenal termasuk milikan Google sendiri iaitu Chrome, Mozilla Firefox, Internet Explorer dan Safari yang digunakan pengguna Apple.

Malware merupakan perisian yang direka bentuk untuk memasuki ke dalam sistem komputer dan menyebabkan resiko kerosakan komputer tanpa disedari oleh pengguna.

Nama Malware wujud daripada gabungan ‘malicious’ yang membawa maksud niat jahat dan ‘software’ pula bermaksud perisian. Perisian ini dicipta oleh individu yang mempunyai kepakaran berkenaan kod program pelbagai perisian. Tujuan golongan ini ialah untuk mengganggu, mengancam dan menimbulkan masalah kepada pengguna komputer.

Pada masa ini Malware diwujudkan untuk tujuan mengaut keuntungan. Bukan saja untuk mengganggu sistem komputer tetapi ia juga digunakan untuk mencuri data, identiti, wang serta maklumat pengguna, semata-mata bagi mengaut keuntungan yang berlipat ganda oleh penjenayah siber.

Serangan malware termasuklah terhadap kebanyakan blog yang ada diantaranya terus tidak dapat diakses kecuali mereka yang mengambil risiko mengabaikan arahan daripada melayari blog-blog berkenaan. Beberapa template tertentu dikesani mudah untuk berkompromi dengan malware ini.

Bagi yang telah terkena jangkitan malware ini pastikan anda membersihkan "cookies" daripada browser-browser anda.

Pastikan portal dan blog anda TIDAK memasang iklan daripada Innity dan manggaonline. Bagi iklan pop-up dari widgeo.net yang mengganggu pelayaran blog, buang widget yang memaparkan data pengunjung. Sekalipun cantik dan maklumatnya bermakna, tetapi iklan popup yang diterbitkan terlalu menganggu sehinggakan pengunjung boleh menjadi bosan kerananya.

Semua malware akan menyebabkan sistem komputer bertambah lambat seperti penyambungan Internet dan juga masa untuk sistem ‘boot’ menjalankan operasinya.


p/s: bagi webmaster blog, anda dinasihatkan supaya bertindak segera mengatasi perkara ini supaya mengelakkan blog atau portal di blacklist selamanya oleh Google. Bagi pelayar internet, elakkan dari memasuki laman yang ada amaran tersebut kerana ia akan merosakkan PC/Laptop anda dalam jangka masa panjang!

sumber: 
mediapermatangpauh

Comments

Unknown said…
Kini para blogger perlu lebih berhati-hati dan sedia mengawal serangan Malware drp mengancam keselamatan blog kita pd masa depan...jom kongsi2lah idea bersama ye...

Popular Posts